Wednesday, May 13, 2009

sungai miang menjadi saksi kemuntahanku






kami guru-guru sekolah menengah kebangsaan mengkarak telah merancang satu aktiviti memancing ke laut dalam di Nenasi Pekan Pahang. seramai 11 orang guru telah terlibat dalam ekpedisi tersebut. Dalam perjalanan yang memakan masa 4 jam menaiki bot ke tengah laut terse but kami terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang mengekori bot kami. itulah kebesaran Allah, tidak pernah aku merasai pengalaman melihar sekumpulan ikan lumba-lumba yang besar mengekori bot kami. sesampainya dikawasan yang dikatakan mempunyai banyak ikan aku dan kengkawan telah melabuhkan joran-joran yang baru dibeli di bandar pekan sebelum kami bertolak. Alhamdulilah tidak sia-sia perjuangan kami. aku mampu menaikkan beberapa ekor ikan dalam masa yang agak sekejap je dengan hanya menggunakan APPOLO. hari semakin berlabuh, matahari semakin menjenjakan diri, gelap kembali tiba, sedang kami asyik dengan ikan hujan,kilat, ribut melanda yang menyebabkan bot bergoyang. disaat itulah aku dan cikgu-cikgu yang lain tewas, seorang demi seorang mula menunjukkan perubahan muka, dan akhirnya muntah, pening. tapi apa yang berlaku amat mengembirakan dan ianya menjadi kenangan yang cukup manis dalam hidupku.................

3 comments:

  1. Yang paling hebat...2 jam sebelum nak balik semula ke darat barulah appolo aku mengena 2 ekor soton...hohoho...setelah 2 hari satu malam duk kat lautan atlantik tu...

    ReplyDelete
  2. kalau tinggal seorg dua je yang mancing x best ler...yang lain uwekkk uwekkk dari mula smpi sudah...

    ReplyDelete
  3. mari sungai miang x royak kawe..

    ReplyDelete