Wednesday, July 8, 2009

sekitar kursus kem bina negara









alhamdulilah. bersyukur kepada allah swt kerana dapat juga aku menamatkan kursus yang pada mulanya aku rasa terlalu membosankan tapi. setelah sampai disana barulah aku tahu, aku faham, aku mengerti akan tangungjwbku sebagai seorang warganegara malaysia. sebelum ini terlalu cetek ilmu aku terhadap pengetahuan terhadap sejarah negara sehinggakan aku merasakan diriku terlalu cetek tentang ilmu.maklum sajalah lahirnya aku di bumi bertuah ini aku telah melihat negara ku maju, berkembang dan yang paling penting tiada perperangan yang berlaku. terima kasih pejuang,pejuang yang terdahulu yang telah berusaha, bekerja keras, bertungkus lumus, bermati-matian demi perjuangan yang menjadikan negaraku aman yang dapat aku rasai sekarang ini.skrg barulah aku sedar akan kepentingan generasi ku untuk mempertahankan dan mengekalkan keharmonian negara ku sehinga ke akhir hayat. perjuangan ku masih belum selesai, perjuangan kami masih belum selesai, ayuh bangsaku......... bersatu hati, bermuafakat, saling menghormati, bekerjasama dalam kita mempertahankan negara dan menjaga keamanan negara malaysia kita yang tercinta......... saya anak malaysia...... MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Friday, May 22, 2009


Tangisan keinsafan pembersih dosa
Bangun dan sujud pada tengah malam amalan Rasullah serta sahabat
SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.
Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”

sekitar sambutan hari guru smkm


YA ALLAH YANG MAHA KAYA LAGI MAHA MEMAHAMI, KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DAN SILAP GURU-GURU YANG TELAH MEMBIMBING KU SECARA LANGSUNG ATAU PUN SECARA TAK LANGSUNG. KAU AMPUNGKANLAH DOSA GURUKU DI SEKOLAH, GURU MENGAJIKU, GURU SILATKU, GURU PAFAKU, GURU TADIKAKU SERTA SEMUA GURU YANG MENGAJARKU WALAUPUN SECEBIS ILMU. KAU MURAHKANLAH REZEKI MEREKA DAN TEMPATKAN LAH MEREKA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIN…..

Wednesday, May 20, 2009

Wednesday, May 13, 2009

sungai miang menjadi saksi kemuntahanku






kami guru-guru sekolah menengah kebangsaan mengkarak telah merancang satu aktiviti memancing ke laut dalam di Nenasi Pekan Pahang. seramai 11 orang guru telah terlibat dalam ekpedisi tersebut. Dalam perjalanan yang memakan masa 4 jam menaiki bot ke tengah laut terse but kami terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang mengekori bot kami. itulah kebesaran Allah, tidak pernah aku merasai pengalaman melihar sekumpulan ikan lumba-lumba yang besar mengekori bot kami. sesampainya dikawasan yang dikatakan mempunyai banyak ikan aku dan kengkawan telah melabuhkan joran-joran yang baru dibeli di bandar pekan sebelum kami bertolak. Alhamdulilah tidak sia-sia perjuangan kami. aku mampu menaikkan beberapa ekor ikan dalam masa yang agak sekejap je dengan hanya menggunakan APPOLO. hari semakin berlabuh, matahari semakin menjenjakan diri, gelap kembali tiba, sedang kami asyik dengan ikan hujan,kilat, ribut melanda yang menyebabkan bot bergoyang. disaat itulah aku dan cikgu-cikgu yang lain tewas, seorang demi seorang mula menunjukkan perubahan muka, dan akhirnya muntah, pening. tapi apa yang berlaku amat mengembirakan dan ianya menjadi kenangan yang cukup manis dalam hidupku.................

kenangan mengusik jiwa





assalamualaikum semua, ni di antara kenangan yang terindah aku bersama kengkawan aku di universiti. banyak kenangan yang manis telah aku lalui semasa di universiti pendidikan sultan idris. yeop,pak ku, pak ali, wan hensome semuanya kawan yang best r.

Tuesday, May 12, 2009




cincin di jari tanda ikatan