Wednesday, July 8, 2009

sekitar kursus kem bina negara









alhamdulilah. bersyukur kepada allah swt kerana dapat juga aku menamatkan kursus yang pada mulanya aku rasa terlalu membosankan tapi. setelah sampai disana barulah aku tahu, aku faham, aku mengerti akan tangungjwbku sebagai seorang warganegara malaysia. sebelum ini terlalu cetek ilmu aku terhadap pengetahuan terhadap sejarah negara sehinggakan aku merasakan diriku terlalu cetek tentang ilmu.maklum sajalah lahirnya aku di bumi bertuah ini aku telah melihat negara ku maju, berkembang dan yang paling penting tiada perperangan yang berlaku. terima kasih pejuang,pejuang yang terdahulu yang telah berusaha, bekerja keras, bertungkus lumus, bermati-matian demi perjuangan yang menjadikan negaraku aman yang dapat aku rasai sekarang ini.skrg barulah aku sedar akan kepentingan generasi ku untuk mempertahankan dan mengekalkan keharmonian negara ku sehinga ke akhir hayat. perjuangan ku masih belum selesai, perjuangan kami masih belum selesai, ayuh bangsaku......... bersatu hati, bermuafakat, saling menghormati, bekerjasama dalam kita mempertahankan negara dan menjaga keamanan negara malaysia kita yang tercinta......... saya anak malaysia...... MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA